Assalamulaikum wbt...
Ahlan wassahlan kepada sesiapa sahaja yang telah melawat blog saya. Post pertama ini adalah mukaddimah bagi blog ini. Blog ini telah saya berikan nama "CHANCES" kerana hidup kita ini sentiasa diberi peluang dan kita diberi pilihan sama ada untuk mengambil peluang itu atau mengabaikannya. Betul, tanpa kita sedari banyak sangat peluang di hadapan kita. Tapi, ada sahaja halangan yang menyebabkan kita gagal mengambil peluang tersebut. Sebenarnya, halangan itu berpunca daripada kita sebab kalau bukan berpunca daripada kita maka tidaklah ia dinamakan sebagai PELUANG ataupun CHANCE dan OPPURTINITY.
Jadi, apakah punca-punca tersebut? Tidak lain dan tidak bukan iaitu MALAS, TAK YAKIN, dan ALASAN. Salah satu sebab saya sendiri terpanggil untuk menulis blog ini adalah kerana saya sendiri ingin memulakan pengambilan peluang untuk memantapkan diri saya sendiri. Fikiran ini selalu sahaja ada perkara yang difikirkan, tapi saya sudah beberapa kali gagal dalam menukilkannya dalam jurnal sendiri sebagai pengajaran. Sebab itulah saya lupa. Maka saya sendiri gagal dalam hasil pembelajaran dan mengubah diri sendiri.
Jom kita sama-sama mulakan! Banyak buah fikiran yang saya hendak kongsikan. Banyak juga pengalaman yang saya sudah lalui. Kalau bukan sekarang bila lagi? Buang rasa Malas, Tidak Yakin dan Alasan. Kita kan nak jadi hebat, betul tidak? Itu sahajalah mukaddimah dan nantikan kiriman yang seterusnya. Saya adalah insan biasa. Maka, pasti akan ada kelemahan dari diri saya. Walaupun saya bukan profesional, saya akan cuba sedaya upaya berkongsi suatu yang bermanfaat dengan cara yang baik meskipun diri ini masih bertatih. Macam yang saya katakan tadi, kalau bukan sekarang bila lagi?
Sekian..
Wassalam :)
![]() |
| Jom, kita start.. hehehe.. |
